Rabu, 17 April 2019

Asal-usul Kancil Raja Patin Part 1



Asal-usul Kancil Raja Patin Part 1 


Kancil Raja Patin (KRP), Kg Bangau Tanjung Temerloh pada asalnya dikenali sebagai Selera Patin Bangau.
kewujudan gerai ini bermula sejak 1998 lagi...Lama dah kan..21 tahun dah weh ...Lepas banjir, surut , banjir, surut kami masih utuh berdiri..tapi, dengan nama Kancil Raja Patin, kami telah beroperasi sejak 2016 ..masih baru sangatttt..setahun jagung lagi ..

Ramai yg tak tahu kewujudan Kg Bangau Tanjung ni sebenarnya , apatah lagi kewujudan Kancil Raja Patin itu sendiri sbb Kg Bangau Tanjung ni adalah jalan alternatif untuk ke tol Temerloh ..Lebih-lebih lagi jalan kampung , jalan yang berliku-liku & banyak haiwan peliharan di kiri kanan jalan, menyebabkan ramai yg tidak menggunakan jalan Kg Bangau Tanjung sebagai pilihan ke tol .






Sejak dari mula lagi , KRP sudah menjual menu masakan kampung seperti ikan patin gulai tempoyak , patin pais , sayur-sayur kampung , pelbagai jenis ulam dan sebagainya. Gerai memang berskala kecil sahaja , boleh menampung lebih kurang 30-50 org pelanggan sahaja pada waktu itu.


Waktu operasi kami memang tak berubah sejak dahulu lagi , iaitu dibuka setiap hari dari pukul 11- 5 ptg ..kami ada cuti pada waktu terpilih, seperti Hari Raya Aidilfitri , Hari Raya Aidil Adha dan beberapa cuti umum yang lain. Biasa nya kami akan umum hari - hari cuti kami di media sosial : Facebook, Instagram & Twitter yang mana media sosial kami bernama Kancil Raja Patin semuanya.

Sampai sini dulu , kita sambung pula nanti ye...😍😍😍😍


Tiada ulasan:

Catat Ulasan